Monday, November 14, 2011

Masa



Asalamualaikum,
Masa memang amat mencemburui. Terkejar2 untuk melakukan itu dan ini. Maklum usia semakin senja. Masa muda dulu jarang terfikir tentang ini, agaknya lebih memikirkan yang lebih mudah dan seronok. Senang cakap ikut nafsu, nak senang, ambil mudah. Setelah tua baru sedar banyak perkara yang tidak dilakukan dengan sungguh2. Beribadah tidak sungguh2, sekadar melakukan yang wajib2 sahaja.
Bakat yang ada juga tidak digilap, dibiar berkarat. Dulu pandai membuat kek yang gebu dan sedap, sekarang buat kek bantat, dulu menjahit dengan cantik sekarang tidak lagi, mata dah rabun. Dulu boleh buat batik painting, sekarang tangan dah keras. Bancuh warna pun tidak menjadi. Sekarang mula berjinak2 semula untuk mengait(crochet)

No comments:

Post a Comment