Sunday, November 13, 2011

Mertua

asalamualaikum,
Lama dah nak menulis sesuatu. Baru nak duduk ada saja gangguan. Masa mula2 dulu memang tengah sebok kerana menjaga arwah ibu mertua yang sedang gering (sakit tua). Saya anak menantu perempuan yang ke 3 dari 6 orang dan yang bekerja. Saya mengambil cuti tanpa gaji pada tahun 2008 sehingga bersara pada januari 2009 yang diantara sebabnya adalah untuk menjaga arwah.
Menjaga ibu tua yang gering dan nyanyuk (ouch... maaf) bukanlah pengalaman yang menyenangkan. Bukanlah hendak membangkit tetapi hanya nak berkongsi pengalaman. Almaklum menjadi menantu perempuan memang selalu banyak tak betul, tak pandai dan macam2. Makian selalu dilemparkan kepada kita yang selalu tak betul. Mula2 dulu memang sedih tapi lama2 jadi immune. Apa2 pun saya dah maafkan cacimaki yang telah 'dihadiahkan' kepadaku. Sekarang ini dah jadi mertua kepada dua anak perempuan, harap2 bole ok dengan mereka. Sebagai manusia biasa rasa2nya ada juga tuturkata atau perlakuan yang tidak menyenangkan menantu, kalau tak takan ada yang 'semacam' , entahlah.

No comments:

Post a Comment